kerja banyak .

kerja berlambak . 
aku teriak . 
seperti anjing menyalak . 

pelajar .
itu lumrah . 
kerja tak akan pernah sudah. 

pensyarah . 
mengarah . 
pun tak sudah sudah . 

ahhh . 
letih . 
yang bakal berhasil .




♥ terima.kasih.si.COMEL.yg.membaca ♥

mangsa cinta .

kaki menghentak . 
hati memberontak . 
jiwa rabak . 

mengapa ?

kerana cinta ditolak . 
disepak . 
serta di injak . 

siapa kau ?

perosak cinta . 
pencipta dusta . 
bukan pemilik cinta kau yang setia . 

kumbang itu berjuta . 
kenapa menagih dari yang tak setia . 
yang merobek keikhlasan cinta . 

kita manusia . 
kehidupan . 
kita punya . 






♥ terima.kasih.si.COMEL.yg.membaca ♥

cinta

otak celaru . 
hati keliru

haru biru . 

kejar lah cinta dari yang maha satu .



♥ terima.kasih.si.COMEL.yg.membaca ♥

sendiri

bunuh diri itu mati .
kenapa hendak mati ?
kerana takut hidup sendiri . 

berdikari . 

sendiri itu pasti .
tidak ada yang harus ditakuti . 
nikmati . 



♥ terima.kasih.si.COMEL.yg.membaca ♥

merdeka ? haha

kau anak merdeka ?
aku tertawa . 
itu kelakar .

kerana kau bakal menghancurkan dunia . 
kau memilih berbalah dari bersatu . 
itu yang kau gelar merdeka ?

melayu . 
kita tak lagi merdeka bila kita terus berbeda . 
kerajaan bangsat , pembangkang pengkhianat . 

lupa ?
yang kita sama .
sekepala . 
kita melayu . 
patut bersatu . 

yahudi tertawa . 
saat islam bertelaga . 
sama seperti aku yang tertawa . 
bila kau gelarkan dirimu anak merdeka . 

selamat menyambut hari kemerdekaan . 




♥ terima.kasih.si.COMEL.yg.membaca ♥

fikir

blog ku cantik,
penulisannya menarik . 
tapi kau tak cukup tertarik . 

tak tertarik kerana kau baca sambil mencebek . 
kenapa ?
kerana aku bukan yang kau gemar . 

aku terfikir . 
kenapa perlu menyelongkah kehidupkan aku yang jelas jelas kau akan cebek?
melayu . 
itu biasa . 
kesudahanya kau yang terluka . 
dan aku kekal bahagia .

kau membenci aku sedang kan kita tak pernah bersemuka . 
apatah lagi duduk semeja .
minum bersama ? oh itu tidak mungkin .

kau membenci aku kerana KELEBIHANKU . 
aku punya buah hati , kau juga bisa . 
aku punya wajah yang menawan , wajah kau juga tertawan . 
aku punya harta yang mengunung , kau punya harta yang bisa dilambung lambung .

kelebihan ku cuma lah satu . 
aku punya kehidupan sendiri 
sedangkan kau takut dengan bayang bayang sendiri .
FIKIR . 

tamat . 



♥ terima.kasih.si.COMEL.yg.membaca ♥

membenci dan mencaci

mampu berbicara bila masih bernyawa , 
mampu berbahas bila mampu menghembus nafas, 
mampu berfikir bila kita taat pada sang pengukir.

membenci dan mencaci .

ahh sudah lali dalam sanubari , bila kita punya lebih , orang cebek . tanda protes . 
sampai bila harus kau terus membenci . membenci dengan diri kau sendiri . 
kau membenci kerana kau tak punya kehidupan seperti aku . 

apa lebihnya aku ? aku lebih bila kau hebohkan kekurangan kau . 
mana kelebihan kau ? kau sorok dalam dalam , takut untuk kau keluarkan . 
sampai bila ?

sampai kau miliki apa yang aku miliki. 
saat itu , aku sudah punya lebih dari yang kau miliki. 
kenapa ?

kerana kau bodoh ! 
mengharap sesuatu yang kau tak pasti
sedangkan kau mampu miliki yang lebih di dunia realiti . 

dan akhirnya , kau menyerah . 
menyerah tetapi masih tidak mahu kalah . 
masih mencari jalan menjatuhkan kaum kau sendiri .

caci .
yaa dengan cara ini kau yakin musuh kau tewaskan . 
mungkin dia tewas pada orang sekelilingmu . 
tapi bukan pada orang yang tidak mengenalimu . 

kau harus ingat,
cacian kau tidak mungkin bisa sampai kesemua telinga manusia .
hanya sampai ditelinga orang sekelilingmu . 
jadi kenapa kau harus terus mencaci . 
sedangkan cacian kau buat orang makin membenci . 

ya membenci ! 
membenci diri kau , bukan diri aku . 
aku yang bernama HABIBAH MISMAN .

tamat.


♥ terima.kasih.si.COMEL.yg.membaca ♥