merdeka ? haha

kau anak merdeka ?
aku tertawa . 
itu kelakar .

kerana kau bakal menghancurkan dunia . 
kau memilih berbalah dari bersatu . 
itu yang kau gelar merdeka ?

melayu . 
kita tak lagi merdeka bila kita terus berbeda . 
kerajaan bangsat , pembangkang pengkhianat . 

lupa ?
yang kita sama .
sekepala . 
kita melayu . 
patut bersatu . 

yahudi tertawa . 
saat islam bertelaga . 
sama seperti aku yang tertawa . 
bila kau gelarkan dirimu anak merdeka . 

selamat menyambut hari kemerdekaan . 




♥ terima.kasih.si.COMEL.yg.membaca ♥

fikir

blog ku cantik,
penulisannya menarik . 
tapi kau tak cukup tertarik . 

tak tertarik kerana kau baca sambil mencebek . 
kenapa ?
kerana aku bukan yang kau gemar . 

aku terfikir . 
kenapa perlu menyelongkah kehidupkan aku yang jelas jelas kau akan cebek?
melayu . 
itu biasa . 
kesudahanya kau yang terluka . 
dan aku kekal bahagia .

kau membenci aku sedang kan kita tak pernah bersemuka . 
apatah lagi duduk semeja .
minum bersama ? oh itu tidak mungkin .

kau membenci aku kerana KELEBIHANKU . 
aku punya buah hati , kau juga bisa . 
aku punya wajah yang menawan , wajah kau juga tertawan . 
aku punya harta yang mengunung , kau punya harta yang bisa dilambung lambung .

kelebihan ku cuma lah satu . 
aku punya kehidupan sendiri 
sedangkan kau takut dengan bayang bayang sendiri .
FIKIR . 

tamat . 



♥ terima.kasih.si.COMEL.yg.membaca ♥

membenci dan mencaci

mampu berbicara bila masih bernyawa , 
mampu berbahas bila mampu menghembus nafas, 
mampu berfikir bila kita taat pada sang pengukir.

membenci dan mencaci .

ahh sudah lali dalam sanubari , bila kita punya lebih , orang cebek . tanda protes . 
sampai bila harus kau terus membenci . membenci dengan diri kau sendiri . 
kau membenci kerana kau tak punya kehidupan seperti aku . 

apa lebihnya aku ? aku lebih bila kau hebohkan kekurangan kau . 
mana kelebihan kau ? kau sorok dalam dalam , takut untuk kau keluarkan . 
sampai bila ?

sampai kau miliki apa yang aku miliki. 
saat itu , aku sudah punya lebih dari yang kau miliki. 
kenapa ?

kerana kau bodoh ! 
mengharap sesuatu yang kau tak pasti
sedangkan kau mampu miliki yang lebih di dunia realiti . 

dan akhirnya , kau menyerah . 
menyerah tetapi masih tidak mahu kalah . 
masih mencari jalan menjatuhkan kaum kau sendiri .

caci .
yaa dengan cara ini kau yakin musuh kau tewaskan . 
mungkin dia tewas pada orang sekelilingmu . 
tapi bukan pada orang yang tidak mengenalimu . 

kau harus ingat,
cacian kau tidak mungkin bisa sampai kesemua telinga manusia .
hanya sampai ditelinga orang sekelilingmu . 
jadi kenapa kau harus terus mencaci . 
sedangkan cacian kau buat orang makin membenci . 

ya membenci ! 
membenci diri kau , bukan diri aku . 
aku yang bernama HABIBAH MISMAN .

tamat.


♥ terima.kasih.si.COMEL.yg.membaca ♥

jangan risau lagi ^_^

happy birthday too me :D happy birthday too me :D HEHE .. eh eh .. belum 19/12 lagi la . nape excited sangat nie . HEHE . tak sabar sebenarnya nak membesar walaupun dah cukup besar :D 

anyway first sekali , saya nak bagtau kat awak II yang cuba nak baling tepung tu . jangan risau . saya dah berjaga II dah sebelum terkena :D HEHE . al maklum la orang tua II pun ada cakap sediakan payung sebelum hujan ~ lagi II hujan tepung dan telur :D 

so dalam masa yang sama jugak mesty ade orang yang tersangat la risau bila my birthday makin hampir lagi II bila masaalah kewangan menimpa diri . dan orang yang dimaksudkan adalah muhamad syafiq mohd nazir :D dan waktu tu mula la mengadu kat twitter or kat fb dengan ayat II pasrah.. contohnya mcm ni .. 


it okay sayang ~ birthday bukan nye sekali seumur hidup kan . tahun depan boleh sambut lagi ~ so sama mcam bf II anda yang membaca jugak . bila ade masalah kewangan lagi II time birthday awek dye , masa tu timbul lagi satu persoalan macam nie ..


it simple . the answer is , just give me all your heart . lagipun saya tak perlukan hadiah pun .. kalau nak bagi jugak , bagi banglow 3 tingkat , kereta bmw 2 , mini cooper 2 , barang kemas HABIB 15 . mampu ? kalau tak mampu tak pe .. just bagi kesetiaan 100% pada saya tu dah mencukupi sayang ~ dan untuk kali yang ke berapa saya pun tak tahu . saya ulang .. saya tak nak harta atau duit awk .. apa yang saya nak kejujuran dan kesetiaan .. tu je .. tu dah kira hadiah paling bermakna untuk saya .. jumpa awk pun hadiah jugak . dan dah cukup bermakna pun :D so kenapa perlu rasa .....


saya ulang sekali lagi ~ TAK PERLU RASA MACAM tu .. sbb pada saya awk sangat berguna pada saya .. awk ade time susah senang saya . awk ade time sedih gembira saya . and awk selalu ada untuk saya :') saya hargai dan terharu sangat II sayang .. and the most important awak percaya kan saya saat orang lain tak percaya :') awak segala II nya untuk saya :) so promise me jangan lagi rase ...


sebab awak tak bodoh pun ~ bodoh ke awk sedangkan awk dah berusaha untuk bahagiakan saya .. bodoh ke awak sedangkan awak dah cuba gembira kan saya walaupun kadang II lawak awk tu tak kelakar :) HIHI .. awak tak bodoh sayang . awak tak pernah bodoh bila awak cuba untuk buat saya tersenyum .. walaupun kadang II awk terpaksa jadik badut saya semata II untuk buat saya senyum .. tapi tu bukan bodoh .. tu sweet :') dan jangan pernah rasa ....


sebab mungkin tuhan tu dah rancang benda yang lebih baik dari apa yang awak rancang :) kan . think positif :) dan kenapa perlu merancang kalau spontan tu lebih seronok kan ! so it okay kalau tak ada hadiah , kalau tak de kejutan , tak de kek , tak de lilin .. tapi yang penting ade awak muhamad syafiq mohd nazir . jadi tak perlu risau lagi pasal birthday saya :) yang penting saya and awk happy cukup la .. okay keding :D 

that all ! XOXO , assalamualaikum :D

♥ terima.kasih.si.COMEL.yg.membaca ♥

hey monday :D

assalamualaikum . :) lama tak tulis blog dah ~ anyway disebabkan harini dah bosan tahap cipan . so for me better luang kan masa bersama blog tercinta . :D

pagi nie . pagi II lagi dah kena pergi kolej sebab nak settlekan pembayaran untuk sem 4 nanti ! omg omg omg guys ! diam tak diam im already senior part 4 ! and super SENIOR ! hep hep respect :D HAHA . berbalik pada cerita , so pagi II lagi aku dah kena bangun padahal mata masih mengantuk then kena mandi dengan air yang mcm ice . oh what kind of life is this . after mandi , pakai baju la ape lagi kan , and done . masa untuk ke kolej dan tanpa sarapan terhidang :'( oh sad life ! 

sampai kolej : jalan ke kewangan   kewangan kosong dan tak perlu beratur *that amazing :D   bayar but kena marah sebab ade lagi hutang rm50 *that really II t(-,-t) 50 ringgit je kot tp mintak mcm aku hutang 50 juta ! fak !   fedup so hempas pintu ! HAHA

then the craby fetty ajak pergi plaza pelangi :) follow je la ~~ sampai pelaza pelangi al maklum la bila dah nampak mekdi mula la perut nie lapar . lagipun dah lama sangat tak makan II 'tak berkhasiat' mcm tu . so sekali sekala apa la salahnya manjakan perut sendiri :D HAHA . 

tutt tutt tutt tutt ( 1 mesej diterima )
"sorry lah ! wan sorok hp ! agak-II lah nak tuduh-II pun ! bla bla bla bla" 


first msg , tanpa salam tanpa tanya khabar , iloveyou lagi la . then tibe II nak marah II . rupanya msg semlam baru baca hari ni . pastu mengamuk II ! ape nie ~ dah la semalam tibe II off hp then pagi nie msg II terus marah II ~ awek mana tak marah kalau tiba II off hp kan ~ 

so mood nak makan terus hilang ~ letak burger terus masam . dalam fikiran "lantak la ape nak jadi jadi la"  then trus gerak carik slipers untuk fetty ~ balik pun naik texi sbb tak de mood punya pasal . sampai rumah terus masuk bilik mengeluh dan terus mengeluh ! nasib baik la cinta hati yang buat mcm tu . kalau orang lain dah lama aku maki dah . anyway i loveyou muhamad syafiq .. huh such a boring day !

okay la that all for today ~ jengah sekajap je blog nie . dah tak geti dah nak tulis panjang II dah :) chow . assalamualaikum :D 









♥ terima.kasih.si.COMEL.yg.membaca ♥

lelaki je baca :D

surat buat bakal suami 

assalamualikum . 
kehadapan bakal suami yang tersayang dimasa hadapan . 

hai awak .. tujuan saya menulis surat ini bukan la  nak buat laka II . bukan jugak nak buat sweet memeori .just cuma nak memperkenalkan diri saya pada awk je :) so at least kalau kita disatu kan dengan ikatan pernikahan kelak tak de la awk kekok dengan saya dan saya kekok dengan awk :D jadik dalam surat nie saya akan bagtau semue pasal saya . ape? malas nak baca ? ow kalau malas nak baca maksudnye awak bukan la bakal suami saya :D terima kasih .  

#saya tak pandai  mahir masak 
masih kah anda menerima insan ini walaupun dye kurang mahir memasak :D *bukan tak geti . cuma kurang mahir je :) tapi insyallah . dengan izin yang maha besar . dye akan belajar memasak untuk anak II nye kelak :D walaupun first try dye goreng telur gagal sampai kan telur tu tak rupe telur goreng tapi rupe telur masak kicap sbb dah hitam gila . and then baru dye sedar yang dye lupe letak minyak =,=' tapi bersabar lah kalau dalam seminggu dua di awal perkahwinan kita awak terpaksa makan masakan yang hitam II je warnanya . :D  tapi saya janji saya akan cuba kurang kan kuantiti 'hitam' dalam masakan saya ye . semuenye demi awk :D

#jauhakn saya dari binatang t(-,-t) nie .
masih kah anda mahu menerima insan yang takut cicak , katak , biawak , ular , dan AYAM ini :D dia sanggup tidak mandi selama sehari kerana ada cicak t(-,-t) melekat kat cyiling bathroom dye . hell gedik kan ! tapi itu semue fakta yang tak boleh diubah . terima kasih . tp at least dye try untuk bermanja II dengan binatang JIJIK tu walaupun first try dye gagal sbb tak mampu keluar dari bathroom disebabkan ade cicak bunuh diri terjun dari tingkat 1 dan ketepek ! MATI didepan pintu bathroom dye . perut dan kepala hancur berkecai ! *cicak tu mmg carik pasal dengan aku . mcm tak de tempat lain nak mati ! tapi jika awak meminati bintang II ini dan teringin nak buat haiwan peliharaan kat rumah kita . tiada masalah . tapi jangan harap awk dapat tidur atas katil ! tido lantai dengan haiwan peliharaan awk tu . *TIDUR DEKAT LUAR PAGAR RUMAH 


#saya berani orangnye :D
masihkah anda mahu menerima insan yang penakut gilew badak  kurang berani nie ? walaupun try cuba tido sorang II . but the end of the story akan angkat bantal + selimut + BOBO kesayangan kebilik membew dye and uuuuu nyaman :D tapi sebenarnye dye bukan la penakut sangat . penakut sikit je . cuma tak berani g toilet sorang II . makan sorang II . jalan sorang II . tido sorang II . :D *asal aku rase mcm bongkarkan rahsia kau sendiri nie .  =,=' msty bakal suami aku tengah gelak baca entry kali nie ? oooo suke la tu kan bab tido same II nie ! HAHA

#jangan pisah kan kicap + air soya dengan saya 
masihkan anda mahu menerima insan yang sangat MENCINTAI kicap dan air soya ini . *malah mungkin melebihi diri anda wahai bakal suami tapi jangan risau . anak kita takkan gelap sbb sy suka makan kicap sbb sy dah seimbangkan kulit anak kita adam mikail uh dengan minum air soya banyak II supaya dye putih mcm saya ! *haha ,aku perasan :p and awak jugak tak perlu risau saya berpaling tadah pada si kicap dan si soya tu . sbb saya akan pastikan awk lebih diperlukan bila malam menjelma ^^ HEHE <-- ketawa gatal . 

dear bakal suami ku ,

sudi kah engkau menjadi yang halal dihatiku dan mengambil tempatmu dihatiku , dan saat kau melafazkan aku terima nikahnya . maka aku akan berjanji kau lah yang pertama dan terakhir memiliki hati ini . dan kau yang terindah . saya sentiasa berharap perkahwinan kita akan diceriakan dengan anak II yang comel II *mcm saya . dan kita hidup bahgia hendaknya . melalui hari II indah bersama mu , sambil bersama II tak lalu makan sebab menonton filem SAW sama II , siram pokok bunga sama II , mandi kan anak II sama II . ohh itu lah hal yang terindah pernah saya lalui . last dari saya , saya nak awk tau yang saya minat aaron aziz :D 

                                                                                                  ikhlas dari calon isterimu ,
                                                                                      datin sri habibah misman



                                        



♥ terima.kasih.si.COMEL.yg.membaca ♥

berusaha lah menjadi wanita yang bahagia :)

Assalamualaikum...

Pernah tak kita dengar kalau kite nak hidup ngn seseorang..kite kena cari orang yang sayang kite melebihi kita sayang dia..??
for me..memang betul tapi janganlah plak bile orang tu sayang lebih2 kat kite.kite plak amik kesempatan kn?


resepi untuk bahagia senang jee...
kalau kite nak orang membahagiakan kite..kite yg terlebih dahulu kena bahagiakn org tu..
kalau kite mahu disayangi..kite kena belajar menyayangi...
maknanya..kalau kite nak mcm tu dekat orang..kite kena beri mcm tu jugak kat orang...
cuba fikir..kalau kite pon kedekut nak memberi.adakah orang lain akan bermurah hati nak memberi pada kita??


senang contoh...kalau pasangan kita tak nak pegang tangan kite masa lintas jalan..apa salahnya kita yang pegang tangandia ???kalau kadang2 pasangan lupa nak ucapkan kata2 syg kat kite..apa salahnya kite yg mulakan??bukan susah sebenarnya kalau nak bahagia...bahagia tu sesuatu yg kite cari...kalau kite nak bahagia..kite kena cipta..itu apa yang saya belajar dari sebuah perhubungan...

memang betul..kadang2 kite je rase yang lebih menyayangi pasangan kite..tak pe..tu tugas kite..sayang dan mencintai dia walaupun kadang2 dia belum tentu sayang dan mencintai kite..insyallah kalau pasangan kite tak membalas...Allah akan membalasnya...

sebab tu kadang2 bagi saya.tak perlulah nak mencari MR Perfect yg romantik and caring habis demi memenuhi  kehendak manja dan mengada kite sebagai wanita...sebab perkara "romantik" "caring" tu boleh dicipta..kalau pasangan bukan jenis yg mcm tu....apa salahnya kite yg jadik mcm tu..insyallah..perkara yang baik akan dibalas baik...
ok?


so kepada sayang2 diluar sana..jangan rase kecewa sangat kalau terasa diri tak disayangi..apa salahnya kite belajar menyayangi dulu ?tak salah kn ?

beri 100% sayang insyallah akan dibalas....
dengan mengasihani..kite akan dikasihani..
dengan mencintai..kite akan dicintai..
formula tu tak akan pernah lari..ingat tu..


Dan carilah kebahagiaan di akhirat serta jangan lupakan nikmat dunia dan berbuat baiklah kepada orang lain sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu dan janganlah kamu berbuat kerosakan sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerosakan ...” Surah Al-Qashash:77.

maka..jadilah wanita yang bahagia...:)
kita mampu mengubahnya..:)





♥ terima.kasih.si.COMEL.yg.membaca ♥

muhamad syafiq mohd nazir WAJIB baca :)

Perempuan Memang Begini :) 

Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.


Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetepi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu. 


Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku. 


Andai lelaki tahu..Apabila perempuan bercakap banyak dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat. 


Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda. 


Andai lelaki tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda. 


Andai lelaki tahu..Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai. 


Andai lelaki tahu..Apabila perempuan jarang mengatakan ‘SAYA SAYANG AWAK’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya. 


Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata. 


Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik. 


Andai lelaki tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat. Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda. 


Andai lelaki tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.


:') hargai wanita sebagai mana anda hargai MAMA anda !

i love you muhamad syafiq mohd nazir :')





♥ terima.kasih.si.COMEL.yg.membaca ♥

rundu zumun buduk - buduk :D

assalamualaikum :) 

hmm banyak pulak assmnt nak kena buat .. buat punya buat tengok jam dah pukul 4 a.m dah  :/ oke kene STOP :) siapkan baju nak pergi kolej esok. *takut terlajak bangun la tu . HEHE . siap ! baring .. niat kat hati nie memang nak tido terus .. tapi mata tak nak pejam .. #np kau masih kekasihku -naff .. layan lagu melewey aku pagi nie .. konon II boleh la layan sampai tertido . tapi hampeh =='

kebil II mata . tiba II dah azan subuh ! fuhh cepat gile mase berlalu .. cepat II pejam mata . kononnya nak manfaatkan masa yang ada . *asal aku rase mcm ahli neraka gilew nie dengar azan cepat II tido . ops sorry harini Allah bg cuti :) tapi hampeh . tak boleh jugak tido . pusing kiri .. pusing kanan .. and lepas khatam semue sudut aku pusing . tapi masih jugak tak boleh nak tido :/  #np party rock . HAHA memang makin tak tido la aku jawapnye dengar lagu mcm tu .. try pejam mata lagi .. still tak berjaya .. ahhh tak leh jadik nie .. pindah bilik fetty and qyla .. :D HEHE . hampir terlelap .. tibe II .. fetty cakap II .. toleh . oh ngigau rupenye . abaikan . pusing kiri , pusing kanan . tak boleh tido jugak . :/ "eh pegang la kau ." *terkejut la siak . hamboi pn muka bola nie . makin menjadik II pulak ngigau dye :) wat aku takut je .

then . dengar bising II kat bawah.. bukak tingkap .. jengah sat . *hehe aku memang busy badan orangnye :D . ow budak II g sekolah rupenye . hmm rindu zaman sekolah :/ *sambil otak pun melayang . pejam celik pejam celik . besar dah aku kan . rase nye macam tak puas lagi main pondok II kat sekolah tadika . rase mcm baru semalam je amek upsr . soalan pmr pun masih segar lagi kat kepala hotak nie ha . uh spm lagi lah . muke pengawas peperiksaan yang kadang II makeup kening tak center tu pun aku ingat lagi . :)

ingat lagi first time datang sekolah . masuk II je kasut sekolah aku kene buang dalam longkang . longkang kalau kecik tak pe . nie besar bapak punye pulak tu t(-,-)t hell yeah ! tapi waktu tu tak sedih pun . gembira adalah sebab nanti dapat beli kasut baru :D HAHA . budak II la katakan 

tapi tu semue dulu punya cite . hmm cepat betulkan masa berlalu . dah masuk kolej dah aku rupenye .. dah part 3 dah pun :) and dah ade BOYFRIEND dah pun :D duduk pun dah kat umah sewa . dah tak duduk kat asrama dah . rindu pulak time muda mudi . kalau lah masa boleh berputar kembali . aku akan manfaatkan waktu bermain + tengok tv cite karton aku . HEHE

aah tulis punye tulis dah pukul 7 dah . pukul 8 kene g kolej .. cukup la sampai sini je aku melewey kat blog nie .. nanti sambung ag ye :) assalamualaikum warga blog :D have a nice day . bubye .
♥ terima.kasih.si.COMEL.yg.membaca ♥

wee ^,^ 1st month already

assalamualaikum :D *sambil senyum dan terus senyum :)))
wee ^,^ bace tajuk je dh tau kan betapa teruja dan gumbira nya saya :)  . diam tak diam dah sebulan rupanya saya belum sah *tapi insyallah bakal sah menjadi milik Muhamad Syafiq bin Mohd Nazir :) tak boleh nak gambar kan betapa teruja nya dan teramat II terharu :')  

tapi sebagai seorang insan yang tak mampu and agak susah untuk mengingati number .. seriously agak terkilan kerana saya tak mampu nak beri si dia ape II even nak ingat tarikh penting tu pun saya tak mampu  :'(  i'm so sorry . 

but ! 

hari ini saat ini .. Muhamad Syafiq anda tak perlu lagi susah payah untuk mencuri hati saya . kerana jujur dan dengan rela hati , saya sendiri menyerahkan hati saya untuk awak simpan selama II nya :) anda telah membuktikan kepada saya bahawa bukan semue lelaki kat dunia nie sama :)  tahniah ! 

oke berbalik pada tajuk :) *dah banyak sangat melewey dah nie . masa kat kolej lagi warga II kolej dh perli II and bagi hint II yang nak gtau saya bahawa TODAY is my 1st month in a relationship with mr keding :) tapi al maklum la . orang pending mcm saya nie mmg lambat sikit . so masih lagi tak paham II . hati masih lagi gundah gulana fikir ape motif mr keding tu nak jumpe saya hari ni . and sangat II berharap dapat jumpe sy hari ini . katanya ade hal peribadi . ==' . dan pada saat itu keluar la segala syaiton II dalam badan yang mula menghasut pemikiran baik kepada pemikiran jahat .  salah 1 negative thinking yang berlegar II kat kepala hotak ni ialah 'dye nak putus ke :'((( takut.. ' HAHA 

tetapi semue itu tidak berlaku apabila tadaaaaaa

location : meja makan medan selera city square johor bahru :)


i got this ! my fvrote mashmallow :) yummy yummy .. sumpah TERHARU yang teramat sangat . rupe II nye mr keding beria II sangat nak jumpe bukan sebab nak putus. tp sbb nak smbut 1st month kami sah bergelar pasangan kekasih*asal ayat mcm nak tayang yang bm dpt a+ je nie . HAHA.  kalau fetty ade depan mata tu msty dh kene peluk :) HEHE . nak nangis pun ade .. terharu punye pasal ..  saat tu hanya 1 bende je yang dok merayap kat kepala otak saya iaitu ' saya sangat II bersyukur kerana Allah bukak pintu hati saya untuk menerima seorang lelaki yang bernama Muhamad Syafiq Mohd Nazir untuk dijadikan sebahagian dari hidup saya ' TERIMA KASIH :') dia adalah anugrah yang terindah yang Allah berikan kepada saya . keding sy ohsem ! :D 

bukan tu je . i also got this
 


ohsem tak ohsem la kan bf aku . dye buat sendiri nie ! *HAHA korang kene tipu :) anyway . dalam 1 hari saya dapat 2 hadiah daripada dye . tapi saya tak bagi ape II pun :'( terase mcm sangat tak berguna . hmm . dan disebabkan saya tidak memberi kan apa II padanya . jadik saya akan berjanji agar menjadi gf yang baik dan manis org nye . HAHA *tak masal je . :) anyway . saya berjanji akan mencintai awk selama mana awk mencintai saya :D i really II love u . 
i really II love u MSMN :)


♥ terima.kasih.si.COMEL.yg.membaca ♥